Nov 14, 2008

UPSR 2008

Bergambar bersama YDP PIBG & Guru Besar SK Jln Haji Baki.
Tahniah kepada adik Muhammad Syauqi B. Sulaiman, Adlin Munirah Bt. Hamzah dan Nur Sakinah Yasmin Bt. Yusniman kerana telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2008.

SUKANEKA 2008

13 November 2008, Khamis, Sukaneka 2008 telah berjaya dijalankan bersama oleh Jawatankuasa Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Hampir semua murid termasuk Pra-sekolah terlibat dalam 20 acara sukan pada hari tersebut. YDP PIBG SK Jalan Hj Baki telah merasmikan Sukaneka tersebut.
(klik disini untuk melihat gambar)

RIMUP II

Pada 7 November 2008, Jumaat, aktiviti RIMUP yang kedua - Sukaneka di SKJ Chung Hua Sg. Lubak. Murid-murid dan guru-guru dari kedua-dua buah sekolah telah bertanding dalam berbagai aktiviti sukan pada hari tersebut. Selain bertanding, para murid dan guru beramah mesra antara satu sama lain. Turut serta dalam aktiviti tersebuta adalah YDP PIBG SK Jln Hjai Baki, Ketua Kaum Kampung Haji Baki, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK Sungai Lubak, ahli-ahli Lembaga dan beberapa orang ibu bapa kedua-dua buah sekolah.
Guru Besar SKJ Sungai Lubak mengucapkan ribuan terima kasih kedua semua AJK kerana telah menjayakan aktiviti RIMUP kali ini. Beliau juga berharap aktiviti seperti ini dapat dilakukan lebih kerap supaya dapat mencapai objektif RIMUP antara kedua-dua buah sekolah.