Oct 19, 2008

RIMUP 1


Pada 10 October 2008, Jumaat, warga sekolah telah berjaya melaksanakan aktiviti RIMUP - Ramah-tamah Aidilfitri bersama SKJ Chung Hua Sg. Lubak. Seramai 50 orang murid dan guru dari SJK Chung Hua Sg. Lubak dan seluruh warga SK Jalan Haji Baki telah sama-sama menjayakan majlis tersebut.Kedua-dua buah sekolah telah mempersembahkan beberapa buah tarian kebudayaan dalam majlis tersebut. Murid-murid dan guru-guru juga berpeluang untuk melawat rumah terbuka setiap kelas pada hari tersebut.








PEKEPPEMS

26 October 2008, Jumaat, Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan berupa beg sekolah, pakaian seragam dan kasut sekolah telah disampaikan oleh YB Datuk Yong Khoon Seng kepada 110 orang murid sekolah ini.Pihak PIBG dan Pihak Sekolah telah berjaya untuk mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Pelajar Miskin Sarawak (PEKEPPEMS) untuk membantu murid-murid yang memerlukan bantuan peralatan persekolahan. Pada masa yang sama pihak Biro Agama Sarawak turut memberi Duit Raya kepada murid-murid tersebut.