Nov 14, 2008

RIMUP II

Pada 7 November 2008, Jumaat, aktiviti RIMUP yang kedua - Sukaneka di SKJ Chung Hua Sg. Lubak. Murid-murid dan guru-guru dari kedua-dua buah sekolah telah bertanding dalam berbagai aktiviti sukan pada hari tersebut. Selain bertanding, para murid dan guru beramah mesra antara satu sama lain. Turut serta dalam aktiviti tersebuta adalah YDP PIBG SK Jln Hjai Baki, Ketua Kaum Kampung Haji Baki, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK Sungai Lubak, ahli-ahli Lembaga dan beberapa orang ibu bapa kedua-dua buah sekolah.
Guru Besar SKJ Sungai Lubak mengucapkan ribuan terima kasih kedua semua AJK kerana telah menjayakan aktiviti RIMUP kali ini. Beliau juga berharap aktiviti seperti ini dapat dilakukan lebih kerap supaya dapat mencapai objektif RIMUP antara kedua-dua buah sekolah.

No comments: